Makanan & Masakan Tempatan

TERENGGANU 3M: KESENIAN & KEBUDAYAAN

Hidangan Tempatan Yang Menyelerakan
















Sebut sahaja tentang masakan Terengganu maka akan terlintas di dalam pemikiran tentang masakan tempatannya yang lazat dan mengiurkan seperti nasi dagang, keropok lekor, ayam percik dan laksam antara lainnya. Hidangan-hidangan ini adalah menjadi jolokan masakan Terengganu dan ianya boleh dijumpai hampir di mana-mana sahaja daripada hotel, restoran hinggalah ke gerai-gerai jajanan.

Masakan tempatan Terengganu mempunyai rasa yang berbeza kerana bahan-bahan segar dan ramuan unik yang digunakan. Ianya dapat membangkitkan selera anda dengan aroma hidangan yang di hidangkan di restoran dan warung seperti masak lemak, ulam, ikan yang di goreng atau di panggang, nasi dagang, nasi minyak dan banyak lagi. Berlebih-lebih lagi sebaik sahaja anda mengalami rasa lapar dan tiba-tiba mengidamkannya maka ianya boleh ditemui siang dan malam di bandar-bandar dan desa-desa Terengganu.


Bubur Lambok
















Bubur lambuk adalah merupakan bubur yang dimasak dan diedar secara percuma kepada masyarakat Islam dalam bulan puasa (Ramadan) di sekitar Terengganu. Bubur lambuk yang terdapat di negeri-negeri lain mempunyai cara yang berbeza dari segi persiapan.

Beras bubur lambuk serta ramuan yang dimasak di Terengganu disediakan secara tradisional dari jenis ramuan yang berbeza yang mana telah dicamprkan dengan ubi keledek, keropok ikan, udang kering, daun-daun muda seperti daun kesum, pucuk manis, pucuk paku dan lain-lain daun ulam yang ditemui tumbuh di hutan paya gambut adalah menjadi ciri-ciri bahan ramuan bubur lambuk Terengganu.


Ayam Percik















Ianya adalah antara hidangan kegemaran penduduk tempatan mahupun dikalangan pelancong. Hidangan ini adalah berupakan ayam yang dipanggang dengan kelapa yang direndam dengan ramuan sos pedas.


Che Mek Molek















Ianya diperbuat daripada kentang yang ditumbuk halus dengan manisan di tengah-tengahnya. Baik untuk menikmatinya semasa minum the petang. Tetapi anda kena lah menunggu sehingga ianya telah sejuk terlebih dahulu sebelum menjamu selera.


Kerabu Pucuk Paku















Hidangan ini adalah masakan melayu tradisional yang disajikan dengan salad sayuran segar, perasan air limau, hirisan bawang dan parutan kelapa.

Ketupat Sotong
















Ini adalah merupakan makanan yang diminati waktu petang. Sotong yang berisikan beras pulut akan dimasak dalam kuah santan pekat.

Keropok Lekor
















Keropok lekor pada lazimnya menyerupai bentuk sosej dan ada juga yang berbentuk kepingan yang disebut "keropok keping" (dihiris halus atau tebal). Keropok lekor adalah antara hidangan tempatan yang menjadikan Terengganu terkenal.

Ianya diperbuat daripadadaripada ikan, tepung dan bahan lain. Anda boleh memakan keropok lekor, dengan dua cara iaitu dengan mengoreng atau merebus nya terlebih dahulu. Jika anda tidak mengemari bau amis, maka adalah lebih baik untuk mengoreng nya terlebih dahulu Namun, untuk memakannya dengan cara merebus tidak memerlukan minyak untuk memasaknya.

Keping yang Keropok juga terdiri atas tabung yang lebih besar berbentuk lebah yang dihiris menjadi hirisan sangat tipis. Kemudian mereka dikeringkan dibawah sinar matahari untuk membuatnya storagable. Maka anda perlu goreng itu sebelum dikonsumsi. Adalah baik untuk dimakan sendiri atau mencelupkan dengan sos cili tempatan.


Laksa















Hidangan ini terdiri daripada mi putih daripada tepung pulut yang lazat untuk dimakan dengan kuah ikan yang yang diperbuat daripada santan, asam, bawang, ditumbuk cili, pasta udang, taugeh, kacang panjang dan timun yang menjadi perencahnya. Penduduk tempatan Terengganu pada kebiasaannya akan memakan laksa menggunakan tangan mereka.


Kuih Akok
















Dimasak dalam bekas khas di atas api. Terdapat dua versi makanan menjilat jari ini iaitu akok berlauk yang lazat serta akok manis. Akok berlauk mempunyai isi daging lembu sementara akok manis disira dengan gula sebagai bahan utamanya. Ianya diperbuat daripada tepung beras dan air kelapa.


Laksam















Sebuah hidangan yang amat sederhana namun adalah sulit untuk menyediakannya, Laksam pada lazimnya adalah diperbuat dengan menggunakan tepung beras dan tepung gandum. Sementara kuahnya pula diperbuat dari isi ikan yang telah direbus yang kemudiannya dicampur dengan santan.



Lemang
















Lemang adalah makanan melayu tradisional yang dimasak dalam tongkat buluh yang berlubang. Pada kebiasaannya ianya dipersiapkan untuk perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji, Lemang diperbuat daripada beras pulut yang dicamprkan dengan santan, dengan ditambah garam untuk rasa. Ada juga lemang yang telah ditambah dengan jagung mengikut resepi pembuatnya. Lemang pada kebiasaannya dimakan dengan rendang.


Lompat Tikam















Lompat tikam adalah merupakan sajian kuih manis dan yang dapat dimakan panas ataupun sejuk. Ianya adalah diperbuat daripada tepung beras ,yang dikacau sampai matang sementara kuahnya pula adalah daripada campuran santan dan manisan yang dipanaskan sehingga mengental.

Sirap daripada kelapa dituangkan di atas jeli tersebut untuk melengkapkannya sebagai hidangan penutup. Dapat dihidangan sebagai makanan harian atau disajikan sebagai hidangan husus. Ianya amat lazat untuk dinikmati samada oleh penduduk tempatan mahupun pengunjung daripada luar Terengganu.


Nasi Dagang















Nasi Dagang adalah masakan khas dari Terengganu. Masakan ini dibuat dengan memasak nasi dan beras bersama, yang kemudiannya ditambah santan selepas dimasak. Ianya dimakan dengan kuah lauk ikan haye (tuna) dan acar sayuran. Nasi dagang dihidangkan di hampir mana-mana warung, kedai, restoran mahupun di hotel mewah sekitar Terengganu terutamanya diwaktu pagi.

Masakan ini menjadi antara kegemaran pengunjung serta pelancong ke Terengganu dan menjadi pilihan makanan tempatan mereka apabila menjejakkan kaki di bumi Terengganu. Adalah menjadi satu kerugian besar bagi mereka sekiranya tidak menjamu selera dengan masakan ini bilamana berada di Terengganu.


Otak-Otak















Otak-otak ialah merupakan kuih ikan yang boleh ditemui hampir di seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia. Otak-otak juga adalah menjadi salah satu kegemaran penduduk Terengganu khusus selain dari Satar. Sejak dari dahulu lagi Terengganu telah terkenal sebagai negara menangkap ikan dan kebanyakan makanannya adalah berasaskan daripada ikan segar untuk mengekalkan rasa keasliannya.

Otak-otak dapat dimakan secara terus atau dimakan bersama dengan roti atau nasi sebagai sebahagian daripada makanan. Otak-otak dibuat dengan mencampur pasta ikan (biasanya mackerel) dengan campuran rempah-rempah termasuk cili, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan air kelapa. Campuran ini kemudian dibungkus dengan daun pisang yang telah dilembutkan dengan air panas lalu dipanggang atau di stim. Otak-otak pada umumnya dibuat dengan udang.


Satar















Hidangan adalah berupakan isi ikan yang telah dicampurkan dengan bawang merah dan halia yang ditumbuk dibungkus dengan daun pisang ini dimasak di atas api rendah. Ianya dibungkus dalam daun pisang sebelum dimasak.

Satar adalah makanan yang amat menyelerakan dimana isi ikan segar tanpa tulang tadi akan direndam dalam rempah-rempah, dibungkus daun pisang dan dipanggang di atas nyalaan api arang kayu. Ianya digemari sebagai hidangan pembuka selera serta sebagai makanan ringan yang berkhasiat kerana rasa manisnya yang lazat besertakan aroma mengiurkan.





 
Makanan & Masakan Tempatan © 2008 | Créditos: Templates Novo Blogger | Presented by Professional Blogger Templates